Abyssinian
Apabila dilihat sepintas lalu rupa baka
Abyssinian adalah seperti kucing semasa zaman Mesir kuno. Badannya yang
sederhana panjang, bertulang biasa tetapi mempunyai otot yang kuat. Kaki
pula panjang dan kurus
Baka American Bobtail adalah bersifat keras ,
baka yang kelihatan keras sesuai dengan persekitaran dimana ia
berada.Badannya yang sederhana ke besar dengan bulu yang padat, panjang
dan tak terurus.Bulunya terdiri daripada pelbagai warna dan corak.Baka
American Bobtails jantan boleh mencapai berat sehingga 5 paun manakala
betinanya bersaiz kecil sedikit.
American Curl
Ciri-ciri unik baka American Curl adalah
telinganya. Jika dilihat kita mungkin tersilap menganggap ia adalah baka
Scottish Fold ataupun baka American Curl, tetapi bila diperhatikan
dengan teliiti terdapat perbezaan pada telinga dan badannya. Badannya
yang sederhana, seimbang dan berotot sederhana. Bulunya terdiri daripada
pelbagai warna dan corak
American Shorthair
Baka American Shortair mempunyai badan yang
sederhana sehingga ke besar, padat, berotot dan kuat. Bulunya pendek,
padat dan tebal. Warna bulunya terdiri dari pelbagai dan bercorak dua.
American Wirehair
Harap maaf, tiada maklumat.
Asian
Harap maaf, tiada maklumat.
Australian Mist
Harap maaf, tiada maklumat
Balinese
Baka Balinese adalah seperti gabungan baka
Siamese yang ditambahkan dengan bulu sederhana panjang dan berkilat.
Badannya yang sederhana, kaki yang panjang dan ekor yang panjang.
Bulunya yang sederhana panjang dan lembut mempunyai pelbagai warna
berbucu seperti baka Siamese.
Bengal
Baka Bengal mempunyai badan yang sederhana
sehingga ke besar, berkilat, berotot dengan bahagian belakang yang
tinggi sedikit daripada bahu. baka Bengals betina secara puratanya
mempunyai berat dari 7 hingga 11 paun semasa matang dan jantan secara
puratanya berat dari 11 hingga 18 paun bila membesar. Bulunya yang
pendek dan padat dengan rasa yang lembut, pelbagai corak dan warna serta
bersinar-sinar.
Birman
Baka Birman dipercayai berasal dari Burma, Badannya yang besar dan panjang. Bulunya berwarna bucu biru, bucu
cokelat dan bucu lilac.
Bombay
Dengan teldapat pelbagai baka yang ada pada
waktu ini, baka Bombay direka berdasarkan kepada baka Harimau Akar
Domestik. Walaupun hitam berkilat dan matanya yang kuning, ia mudah
menjadi binatang peliharaan. Badannya yang sederhana dan padat serta
kepala yang bulat. Bulunya yang berkilat, pendek, hitam dengan mata
kuning sehingga keemasan.
British
Baka British Shorthair dianggap sebagai baka
yang paling lama sekali wujud. Badannya yang sederhana, dengan bentuk
padat, kuat dan seimbang. Bulunya yang pendek dan padat, datang dengan
pelbagai warna, terdapat juga warna biru
Burmese
Baka Burmese adalah berorientasikan manusia.
Badannya yang sederhana, berotot dan padat, dengan berkepala bulat dan
mata yang berwarna kuning kepada emas. Bulunya yang pendek dengan warna
biru dan perak.
Burmilla
Harap maaf, tiada maklumat.
California Spangled
Seperti baka Bengal, baka California Spangle
adalah baka yangdicipta melalui kaedah sains. Ia seperti harimau akar
kecil yang panjang, tetapi badan yang berotot dan bertompok bujur,
bulat, petak atau segitiga. Bulunya berwarna gangsa, emas, biru,
cokelat, hitam, merah, hitam arang , perak dan putih. Tompoknya mudah
dibezakan kerana ia berwarna gelap.
Chantilly/Tiffany
Harap maaf, tiada maklumat.
Chartreux
Harap maaf, tiada maklumat.
Chausie
Badannya yang besar dengan tulang yang
kukuh, dada yang lebar dan otot yang kuat dengan kaki yang sederhana
panjang. Bulunya terdiri daripada warna hitam, hitam asap sehingga
bayang-bayang keperakkan, hitam dengan bucu perak, bucu emas sehingga
merah pucat pada telinga, kaki dan ekor.
Colorpoint Longhair (Lihat Himalayan)
Colorpoint Shorthair
Harap maaf, tiada maklumat.
Cornish Rex
Baka Cornish Rex adalah antara yang baka
tertua daripada ketiga-tiga jenis baka Rex. Badannya terdiri daripada
kecil sehingga ke sederhana dengan lengkung di belakang, kaki yang kuat
dan panjang berserta pinggang berotot. Bulunya yang pendek dan beralun
di dalam pelbagai warna padat, berbayang, tabby, mempunyai dua warna,
pelbagai warna dan bercorak bucu.
Devon Rex
Baka Devon Rex selalu dibandingkan dengan
baka pixie. Ia terhasil daripada mutasi kucing bangsal sehingga bulunya
menjadi beralun. Badannya yang sederhana panjang tetapi kuat dan berotot
dengan kaki yang panjang dan kurus. Bulunya yang beralun pendek berada
didalam pelbagai warna dan corak.
Egyptian Mau
Baka Egyptian Mau berasal daripada kucing
liar afrika. Badannya yang sederhana panjang, dengan otot yang terbina.
Kaki belakangnya lebih panjang sedikit daripada depan. Saiz kepalanya
yang sederhana dan bulat.
Exotic Shorthair
Sesiapa yang inginkan personaliti kucing
seperti baka Persian akan mendapati baka ini adalah pengganti yang
sesuai. Badannya yang pendek, lebar dan kuat sehingga ke dada, dengan
otot yang kuat, kakinya yang pendek dan kuat. Bulunya yang padat dengan
bulu halus yang tebal di dalam pelbagai corak dan warna.
Havana Brown
Baka Havana Brown adalah baka yang dicipta
dari kacukan kucing berbulu hitam dengan kucing berbaka Siamese
bercoklat. Badannya yang sederhana, berotot dan kurus. Bulunya berwarna
cokelat, pendek dan berkilat.
Himalayan
Baka Himalayan mempunyai bentuk badan yang
sama dengan baka Persian dari saiz sederhana sehingga besar, kaki yang
pendek, dada yang lebar dan kuat. Bulunya yang panjang dan tebal, dengan
tekstur yang biasa dan berkilat dan ia juga boleh terdiri daripada
pelbagai warna.
Japanese Bobtail
Baka Japanese Bobtail berasal dari Jepun.
Disana ia dibela berkurun lamanya. Ia kuat, sihat dan mempunyai
rintangan yang kuat terhadap penyakit. Badannya yang panjang, bersaiz
sederhana mempunyai otot yang kuat. Bulunya yang pendek dan sederhana
panjang, lembut dengan tidak mempunyai bulu halus. Manakala yang
berbulu panjang, bersederhana hingga ke panjang dan lembut. Terdapat
bulu berwarna tiga, dua, tabby dan padu.
Javanese
Ia dikategorikan sebagai baka yang bijak.
Badannya yang panjang dan berkilat dengan bersaiz sederhana, kaki kurus
dan panjang dengan gabungan tulang biasa dan otot padat, dengan kata
lain ia adalah kucing yang berbadan sasa. Bulunya yang biasa dan
bersutera, sederhana panjang dan kurang bulu halus menunjukkan
ciri-cirinya. Warnanya terdiri seperti kucing berbaka Balinese dengan
pelbagai warna pelangi.
Korat
Baka Korat berasal dari negaraThailand.
Badannya yang separuh pendek dengan ketara di pinggang, berotot dan
melengkung. Warnannya yang biru keperakkan berpunca dari hujung bulunya
yang berwarna perak..
La Perm
Harap maaf, tiada maklumat.
Maine Coon
Badannya yang bersaiz sederhana sehingga
besar, berotot dan berdada lebar dengan perwatakkan yang seimbang. Bulu
Baka Maine Coon adalah berat dan tidak terurus, tetapi pendek pada bahu
dan panjang pada perut di belakang kaki. Ekornya pula panjang. Baka
Maine Coon datang dalam pelbagai warna seperti warna kura-kura dan warna
ceria, tidak termasuk corak. Ia adalah kacukkan antara kucing baka
domestik Amerika dan kucing berbulu panjang seperti Angora.
Manx
Baka Manx adalah bulat dan kuat pada
perwatakkannya, dengan otot yang kuat, padat dan bersaiz sederhana. Ia
mempunyai dua jenis bulu yang mana bulu halusnya pendek dan padat atau
bulu biasanya bersederhana panjang dari belakang kaki sehingga ke lutut,
ia juga dikenali sebagai Cymric. Kedua-dua bulu panjang dan pendek
boleh terdiri daripada pelbagai corak dan warna tidak termasuk bucu
Munchkin
Baka Munchkin adalah kucing biasa dengan
kaki yang pendek. Seperti baka Sphynx yang mana mungkin disukai atau
tidak apabila pertama kali bersemuka dengannya.
Norwegian Forest Cat
Sekali pandang kita dapati baka Norwegian
Forest Cat ini kelihatan seperti Main Coon dan ini tidak pelik kerana
kedua-duanya berasal dari kawasan yang dingin. Dipanggil oleh orang
tempatan dengan panggilan ‘Wegies’. Ia merupakan kucing yang menawan
dimana bulunya yang panjang memerlukan kurang disikat jika dibandingkan
dengan kucing berbulu panjang yang lain walaupun ia mempunyai bulu yang
tebal. Panjang badannya yang sederhana, otot yang pejal dan seimbang
serta struktur tulang yang kukuh merupakan ciri-ciri badannya. Manakala
bulunya yang berganda dengan bulunya diselubungi dengan bulu panjang,
berkilat dan lembut. ‘Wegies’ juga mempunyai warna bulu yang pelbagai
tetapi tidak seperti warna buku kucing berjenis Himalayan atau berwarna
cokelat, lavender/lilac
Nebelung
Harap maaf, tiada maklumat.
Ocicat
Berasal daripada kacukkan antara kucing
jenis baka Abyssinian, baka Siamese dan baka American Shorthair, baka
Ocicat secara umumnya adalah kucing domestik yang mempunyai bulu seperti
kucing liar. Ia mendapat jolokan Ocicat kerana ia seperti kucing baka
Ocelot iaitu kucing liar yang berada di Amerika Tengah dan Selatan.
Badannya yang boleh mencapai saiz sederhana sehingga besar, ia mempunyai
tulang yang kuat, pembinaan otot dan berwatakkan seperti olahragawan,
pinggang yang pejal, keras serta kepanjangan badan yang kukuh dan
menyeluruh. Manakala bulunya yang pendek, lembut dengan corak bertompok
dengan tanda yang tertentu pada kepala, tulang belakang, kaki dan ekor.
Ocicat mempunyai banyak warna bulu termasuk tawny, cokelat, cinnamon,
perak dan biru.
Oriental Longhair
Harap maaf, tiada maklumat.
Oriental Shorthair
Seperti kucing baka Siamese, bulunya boleh
terdiri daripada pelbagai jenis warna pelbagai sehingga menghasilkan
baka Oriental. Personaliti baka Oriental ini adalah menarik seperti
bulunya dan akan senantiasa menemani kita sepanjang hari. Badannya yang
panjang dan berkilat, boleh melentur dan bergerak tetapi berotot.
Bulunya yang pendek, bertekstur sederhana dan lembut, hampir kepada
badan dan mempunyai lebih kurang 300 warna yang berbeza.
Persian
Badannya
yang sederhana ke besar, adalah seperti kucing baka ‘Cobby’. Kakinya
yang pendek, lebar dan kuat pada dada, berada pada keadaan sekata dibahu
dan otot. Walaupun dengan rupanya yang gebu, kucing baka Persian ini
mempunyai otot yang bagus dengan tiadanya punca-punca kegemukkan.
Bulunya yang panjang dan tebal, tekstur yang biasa, berkilat dan kuat.
Warnanya boleh terdiri daripada pelbagai warna dan corak.
Peterbald
Harap maaf, tiada maklumat.
Pixie-Bob
Asal usulnya yang tidak diketahui
menjadikannya ia misteri. Ia terhasil daripada kacukkan antara baka
American Bobcat dan kucing liar atau kucing bangsal. Ia menyerupai
bobcats dengan otot, badan dengan bulu yang berdiri tegak daripada badan
dengan warna kuning cerah kepada pelbagai warna, muka yang berbentuk
seperti pear, telinga seperti kucing baka Lynx. Ekornya yang pendek,
dengan sepanjang dua inci dan berada di bawah. Ia kucing yang mempunyai
keunikan tersendiri dimana ia boleh mempunyai maksimum sebanyak 7 jari.
Ragamuffin
Harap maaf, tiada maklumat.
Ragdoll
Baka Ragdoll adalah kucing besar dengan
tulang yang kukuh, badan berotot dengan kaki yang sederhana panjang.
Kucing jantan boleh mencecah sehingga 25 paun dan betina sehingga 20
paun seperti kucing yang lain ia mengambil masa selama tiga tahun untuk
mencapai saiz yang sempurna. Bulunya yang sederhana panjang, dengan bulu
halus yang banyak, bulu pendek pada kaki depan dan panjang pada kaki
belakang. Terdapat pelbagai warna bulu yang ada pada Ragdoll seperti dua
warna, tapak kaki berwarna putih dan bercorak kelabu.
Russian Blue
Bertulang biasa, panjang , kukuh dan berotot
dengan kaki bertulang biasa yang panjang. Bulunya yang pendek, padat,
biasa dan bercampur dengan warna biru. Bulu halus berwarna keperakkan
dihujung menjadikannya ia berkilat.
Savannah
Baka Savannah adalah kacukan antara baka
African Serval dan kucing domestik. Walaupun ia adalah baka yang baru,
ia selalu dilihat di hutan-hutan.
Scottish Fold
Perbezaan yang ketara bagi baka Scottish
Fold adalah telinganya dimana ia melipat kebelakang dan kebawah. Ia
adalah kucing yang sesuai untuk dibela. Ia adalah kacukan antara kucing
baka American Shorthair dan baka British Shorthair. Kebanyakkan warna
yang selalu didapati adalah seperti corak tabby, kulit kura-kura dan
calico.
Selkirk Rex
Harap maaf, tiada maklumat.
Siamese
Baka Siamese adalah bersaiz sederhana,
bulunya berkilat dengan garisan kecil berwarna, bergerak senang walaupun
berotot. Sifatnya yang ketara ialah bucu yang bercorak gelap pada
telinga, muka, ekor dan kaki. Warna seperti cokelat, biru, lilac dan
kelabu adalah warnanya yang biasa.
Siberian
Baka Siberian adalah seperti kacukkan tiga
baka iaitu baka Maine Coon, baka Norwegian Forest Cat dan baka Siberian.
Bulunya yang tebal terbina bagi melindunginya daripada musim sejuk.
Belakangnya yang sederhana panjang yang mana sedikit melengkung,
pinggang berotot dan perut bulat yang padat. Bulunya yang sederhana
panjang, dengan bulu pada pada bahu dan bawah dada yang tebal dan
sedikit pendek. Corak bulunya mungkin berbeza dengan warna yang mana
digabungkan dengan bayang dan corak.
Singapura
Harap maaf, tiada maklumat.
Snowshoe
Harap maaf, tiada maklumat
Somali
Baka Somali mempunyai ciri-ciri suka bermain
seperti baka Abyssinian. Ia suka menemani manusia dan senantiasa
dibela. Badannya yang seimbang, daripada saiz sederhana ke besar. Dengan
otot yang terbina walaupun bergerak dengan bebas. Bulunya yang
sederhana panjang, lembut dan bersutera dengan corak, merah, biru atau
pucat serta ekor yang kembang merupakan cirinya yang khusus.
Sphynx
Dengan badan yang tanpa bulu, telinga besar
dan berbadan kecil menjadikan kita pelik. Walaubagaimanapun ia adalah
kucing yang bijak dan suka menemani. Ia adalah kucing yang jarang
dijumpai. Badannya yang sederhana, keras dan berotot dengan dada bulat
yang lebar. Manakala belakangnya sedikit melengkung. Bulunya adalah
biasa dan seperti tiada. Warna bulunya adalah seperti pigmen kulitnya
dan hanya terdapat sikit bulu pada badannya
Tiffany (See Chantilly)
Harap maaf, tiada maklumat.
Tonkinese
Tiada yang setara dengan keaktifan baka
Tonkinese yang mana personalitinya adalah seperti warna bulunya.
Terhasil dari kacukkan kucing baka Burmese dan baka Siamese ia mewarisi
ciri-ciri kedua-dua baka tersebut. Baka Tonkinese adalah peneman yang
sesuai, bijak dan ingin tahu. Badannya yang sederhana, padat dan
berotot, pendek, kakinya yang kurus sesuai dengan badan dengan kaki
belakangnya lebih kuat daripada kaki depan. Bulunya yang sederhana
pendek, biasa, lembut dan bersutera, hampir kepada badan dengan warna
berbucu seperti warna memerang asli, memerang biru.
Turkish Angora
Baka Turkish Angora adalah kucing berbaka
secara biasa, berasal dari kucing baka Manul yang dibela oleh orang
Tartar, yang kemudiannya berhijrah ke Turki dan dianggap sebagai
khazanah oleh Negara tersebut. Jika kita ingin memiliki baka Turkish
Angora, ia dianggap sebagai salah satu baka kucing yang terpandai,
setia, aktif dan ceria. Badannya yang seimbang dan bersaiz sederhana
dengan pinggang kurus yang panjang serta kaki yang panjang. Bulunya yang
berkilat dan biasa, sederhana panjang dan berkilau. Walaupun berwarna
putih ia juga boleh mempunyai pelbagai jenis warna dan corak.
Turkish Van
Seperti baka Turkish Angora, baka Turkish
Van juga berasal dari timur tengah, tetapi ia adalah baka yang berbeza.
Kedua-duanya dianggap sebagai khazanah Negara. Baka Turkish Vans
dianggap sebagai baka kucing yang jarang ditemui, Badannya yang
sederhana panjang, seimbang dan sekata dengan berciri kukuh, kakinya
yang sederhana panjang dan berotot sesuai dengan badannya. Bulunya yang
separuh panjang, lembut dengan tidak mempunyai bulu halus. Ia biasanya
mempunyai warna putih dengan pelbagai warna di kepala dan ekor
No comments:
Post a Comment