Wednesday 26 March 2014

MH 370 ISU SEMASA: KRONOLOGI KEHILANGAN PESAWAT MAS MH 370@ MISSING JET

Kronologi Kehilangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370



8 Mac 2014, 12.41 pagi : Pesawat Boeing 777-200 berlepas dari KLIA. Pesawat itu dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi. Pesawat membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.


8 Mac 2014, 1.30 pagi : Pesawat MH 370 terputus hubungan radar.


8 Mac 2014 : Kali terakhir isyarat daripada penerbangan MH 370 itu dikesan ialah 120 batu nautika di timur Kota Bharu di Perairan Laut China Selatan.


8 Mac 2014, 7.24 pagi : Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan kenyataan pertama berkenaan kehilangan pesawat MH370.


8 Mac 2014, 11.00 pagi : Sidang media pertama oleh Malaysia Airlines (MAS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)


8 Mac 2014, 2.40 petang : Sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein


8 Mac 2014, 6.28 petang : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa ahli keluarga serta waris penumpang pesawat MH370 di KLIA


8 Mac 2014, 7.05 malam : Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pesawat MH370 belum ditemui. Operasi mencari diperluas dengan kerjasama Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat.

pc najib

9 Mac 2014 , 9.05 pagi : Sidang media oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman. Beliau menyatakan bahawa usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 akan diperluas hingga meliputi Selat Melaka mengikut prosedur operasi standard (SOP).


9 Mac 2014, 3.00 petang : Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata, tiada laporan terbaharu mengenai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 setakat ini.


9 Mac 2014 : Datuk Azaharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang pesawat MH370 menggunakan pasport palsu, bukan empat seperti dilaporkan sebelum ini.


9 Mac 2014 : Panglima Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik dalam perjalanan ke Beijing, berdasarkan signal radar TUDM selepas ia hilang.


9 Mac 2014 : Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, sebanyak 22 pesawat serta 40 kapal digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang masih hilang. Antara pesawat yang digunakan ialah milik Tentera Udara Malaysia (TUDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


9 Mac 2014 : Operasi mencari pesawat MH370 yang dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui beberapa tompok minyak berwarna kuning kira-kira jarak 20 batu nautika daripada lokasi yang dilaporkan hilang.

pc tentera

10 Mac 2014 : Keputusan ujian yang dilakukan ke atas tompok minyak berwarna kuning yang ditemui dijangka akan diperoleh.


10 Mac 2014, 8 pagi : Keluarga penumpang pesawat MH370 warga China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Beijing.


10 Mac 2014 : Keputusan ujian makmal ke atas tompok minyak di perairan Vietnam disahkan bukan milik pesawat MH370. 


11 Mac 2014 : Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka ialah warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delvar Seyed Mohammad Erza, 29 tahun. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayia cuba berhijrah ke Eropah.


14 Mac 2014 : Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata usaha mencari MH370 terus dipergiatkan dan kini diperluaskan sehingga ke lautan Hindi. 

MH370-Najib-Sidang-Media

15 Mac 2014 : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama adalah MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal ke Beijing. Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan sewaktu berada dalam satu daripada dua koridor. Dua koridor itu adalah koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand atau koridor selatan yang dianggarkan dari Indonesia ke utara Lautan Hindi.



20 Mac 2014: Satelit Australia mengesan dua objek, dengan satu daripadanya bersaiz 24 meter di Lautan Hindi dianggap petunjuk baharu dan kukuh yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370.





Senarai penumpang pesawat MH370

Rakyat China: 152 orang termasuk seorang bayi

Rakyat Malaysia: 38 orang

Rakyat Indonesia: 12 orang

Rakyat Australia: 7 orang

Rakyat Perancis: 3 orang

Rakyat Amerika Syarikat : 3 orang termasuk seorang bayi

Rakyat New Zealand: 2 orang

Rakyat Ukraine: 2 orang

Rakyat Kanada: 2 orang

Rakyat Rusia: 1 orang

Rakyat Itali: 1 orang

Rakyat Taiwan: 1 orang

Rakyat Belanda: 1 orang

Rakyat Austria: 1 orang



Senarai anak kapal MH370

1. Kapten Zaharie Ahmad Shah

2. Fariq Abdul Hamid

3. Foong Wai Yueng

4. Goh Sock Lay

5. Gomes Patrick Francis

6. Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan

7. Junaidi Mohd. Kassim

8. Andrew Nari

9. Ng Yar Chien

10. Tan Ser Kuin

11. Tan Size Hiang

12. Wan Syaid Wan Ismail


Sumber: Berita Harian, Utusan Malaysia, Bernama
Artikel dimasukkan pada 10 Mac 2014

No comments:

Post a Comment