Sunday 27 April 2014

MH370 TERBARU: DIEGO GARCIA !!!!!!!!!!! Pangkalan Rahsia AmerikaSyarikat Di LAUTAN HINDI | [GAMBAR]

[BONGKAR] Inilah DIEGO GARCIA, Pangkalan Rahsia Amerika Syarikat Di LAUTAN HINDI | [GAMBAR] Pangkalan Rahsia AS Yang Dikaitkan Dengan TRAGEDI MH370

diego-garcia-pangkalan-rahasia-as-diduga-sembunyikan-mh370




[BONGKAR] Inilah DIEGO GARCIA, Pangkalan Rahsia Amerika Syarikat Di LAUTAN HINDI | [GAMBAR] Pangkalan Rahsia AS Yang Dikaitkan Dengan TRAGEDI MH370 | Diego Garcia adalah salah satu pangkalan militan USA yang paling rahsia.
Luasnya cuma 44 km2. Letak pulau karang itu terpencil di tengah Samudera. Jaraknya jauh dari mana-mana daratan. Dataran terdekat adalah Selatan India, lebih kurang 1,790 km.


Pulau ini pertama kali ditemui oleh pelaut Portugis sekitar tahun 1512. Setelah Perang Napoleon tahun 1814, pulau ini jadi milik Inggeris. Semasa dunia ke II tahun 1942, Inggeris memanfaatkan Diego Garcia untuk menjadi markas angkatan udara untuk misi-misi pengintaian dan memburu kapal selam dan kapal perang Jepun di Samudera Hindia.
Tahun 1966 Inggeris sepakat memberikan Amerika Syarikat mendirikan pangkalan militan di pulau Diego Garcia. Tempat ini adalah strategik untuk operasi militan AS di sekitar Samudera Hindia semasa era perang dingin.
Amerika menempatkan beberapa kapal perang, pengebom dan tempat pembekalan logistik di pulau ini. Markas ini dipercaya jadi tempat 'inteligent'  AS dengan segala kelengkapan canggihnya.
Beberapa operasi militan yang digelar dari Diego Garcia adalah perang Teluk tahun 1991, Perang Afghanistan tahun 2001 dan Perang Iraq tahun 2003.
Daerah ini juga dikatakan bebas dari imbasan satelit mahupun radar negara mana pun. Ini yang membuat mana-mana Pesawat yang melintas seolah-olah hilang tanpa jejak.




Tuesday 22 April 2014

Info IT: Mesti Tahu !!!! Adakah anda tahu Tahap Kelajuan Internet Malaysia di peringkat Dunia???

 
Adakah anda tahu bahawa Kelajuan internet di Malaysia adalah jauh ketinggalan berbanding dengan singapura, Vietnam mahu pun kemboja.. Anda perhatikan pada petikan daripada gambar di atas tersebut yang menunjukkan Negara jiran kita iaitu Singapore telah jauh lebih laju Kelajuan internetnya dan ini menunjukkan Singapore telah memiliki teknologi jalur lebar yang lebih tinggi dan moden daripada negara kita -

 sumber utusan Malaysia

Thursday 10 April 2014

Wajib Baca dan Mesti Tahu!!! Keindahan dan Keistimewaan Makhluk yang dinamakan Kucing



Assalamualaikum kepada semua.. Itulah lumrah manusia.. Allah jadi kan kucing bukan untuk Haiwan peliharaan tapi ada hikmah disebalilknya.. Share la petikan ini untuk rujukan bersama . Jom semua pakat2 bela kucing......

My News Little Girl a k.a Ottish

                             



 OTTISH THE SCOTTISH FOLD








Nak dijadikan cerita...  Ini la my little girl yg baru.. Hmmm baru je pisah dari ibu dia.. Sian ye tp nak buat mcm mane sy lebih memerlukan awak Ottish.. First day dgn sy xnk duk dekat langsung... Mcm2 da buat still takut n rupanye baru tahu.. Ottish ni hanya duk dlm rumah tuan dia je n tak pernah bergaul dengan org luar.. Huhu patutla dia jadi mcm tu..
 Untuk pengetahuan.. Ottish dilahirkan pada 4 feb 2014.. Dia ni merupakan Baka dari jenis Scottish Fold dan Bengal.. Mama dia ni Baka Scotish dan ayah dia Baka Bengal.. Nasib la comel heeee

Wednesday 9 April 2014

Tentang Diriku !!! @ Zam Izar

Image(1330)
(ini la rumah tempat aku dilahirkan)

Bermula la sebuah Kehidupan
 
Aku dilahirkan di Kubur Panjang,Pendang ,Kedah pada tanggal 10 ApriL  1985 pada pukul aku xth…..hee
Namaku Diberi Mohd Zamizar Bin ZaKaria…
Setelah umur aku menjangkau  6 bulan…. aku telah pun mula keluar  belajar merantau(mak aku citer dulu time 2 kena dukung la)…hehe
Waktu 2 ayah ku bekerja sebagai seorang tentera darat dan ibuku seorg suri rumah
dah bermacam tempat aku merantau,N9,perak yg lain x ingt.kecik lg masa 2
biasa la family tentera memang la merantau je kerja nye.
mula-mula aku jejak kan kaki ke KL ni aku tinggal di rumah setinggan sebelah sungai keramat(skang ni jd parking bus rapid)
dan
pada usia aku 5 tahun br la aku berpindah ke rumah yg bagi ku sungguh unik
rumah aku 4 tingkat  tp pelik bg aku mase 2 sebab bnyk pintu dan tangga... 

Sila Klik untuk Entry lebih lanjut...........


Wajib Baca!!! Bumi Ketandusan Sumber Tenaga






 
PDF Print E-mail
USAHA mencari sumber tenaga boleh diperbaharui dan air bersih adalah penting bagi mana-mana masyarakat lestari, khasnya ketika kedua-dua sumber ini semakin berkurangan seiring dengan peralihan masa.
Tenaga dan air saling berkaitan di samping elemen penting yang diperlukan oleh manusia iaitu makanan.
Sehubungan itu, akses kepada tenaga boleh diperbaharui dan air bersih penting untuk pembangunan lestari negara dan kelangsungan hidup manusia.
Topik mengenai Makanan, Air dan Tenaga yang dibincangkan pada persidangan antarabangsa World Chambers Conference di Kuala Lumpur baru-baru ini mengupas kesan ketandusan sumber tenaga, air dan makanan terhadap pembangunan lestari.

Sila Klik untuk Entry Lebih Lanjut..


Mesti Tahu dan Wajib Baca!!! Tip@Panduan Menjimatkan Minyak Kereta

Tip Penjimatan Minyak Kereta

Harga bahan bakar kenderaan yang tidak menentu sejak 10 tahun lalu mempengaruhi pengguna kenderaan bermotor terutama kereta berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar pada tahap paling minimum. Langkah ini sangat perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan minyak petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan minyak kereta anda bukan semata-mata kerana harganya yang melambung tinggi ketika ini tetapi penggunaan minyak yang lebih daripada yang sepatutnya menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan. 

myvi volvo-v70
Tip di bawah ini jika diamalkan akan membawa perubahan terhadap penggunaan minyak petrol kenderaan anda:
Memandu Dengan Kelajuan Yang Sesuai
Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear (misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.

Sila Klik Read More untuk Entry Lebih lanjut

Wajib Baca!!!! Tips Penjimatan Tenaga Elektrik









Tip Penggunaan dan Penjimatan Tenaga Elektrik


Kadar kos tenaga elektrik meningkat dari sehari ke sehari. Dengan pelbagai peralatan elektrik yang terdapat di rumah, sudah tentu penggunaan tenaga elektrik semakin meningkat dan kosnya juga bertambah tinggi. Kos penggunaan elektrik mungkin mencecah ratusan ringgit jika anda mengguna banyak perkakasan elektrik seperti peti sejuk, alat penghawa dingin, ketuhar, mesen membasuh, sterika dan lain-lain lagi.

Okay, rumah kami ada banyak peralatan dan perkakasan elektrik. Jadi macamana nak jimatkan lektrik ni? Sebenarnya, kita secara tidak sedar telah membazir elektrik secara berterusan walaupun pada kuantiti yang sedikit.

Contohnya:

Jika anda biasanya menggosok pakaian anak-anak ke sekolah dan pakaian ke pejabat setiap hari, cuba ubah cara dengan menggosok pakaian tersebut secara total sekali gus untuk satu minggu. Ini boleh menjimatkan tenaga elektrik, berbanding jika anda menggosoknya setiap hari… kanapa dan bagaimana ini boleh terjadi? Cuba fikirkan sendiri…. ( secara logiknya, anda akan membuat pemanasan awal sterika setiap kali (6 hari – 6x pemanasan) anda ingin menggosok pakaian, berbanding dengan hanya 1 kali pemanasan awal jika dibuat sekali gus)
Berikut adalah tips penggunaan dan penjimatan tenaga elektrik di dapur secara spesifik dan di rumah secara amnya:

1) PETI SEJUK DAN PENYEJUK BEKU

PETI SEJUK
  • Pilih saiz peti sejuk yang bersesuaian dan menepati keperluan keluarga. Elakkan daripada membeli peralatan yang bersaiz terlau besar.
  • Jangan lupa untuk mengenal pasti Label Tenaga bagi peti sejuk. Skim pelabelan ini dilaksanakan di abwah selian Suruhanjaya Tenaga dengan kerjasama SIRIM. Data pada plat nama akan memberikan maklumat tentang penggunaan kuasa bagi peti sejuk.
  • Apabila hendak� meninggalkan rumah untuk jangkamasa yang lama, kosongkan dan cuci peti ais anda. Tutupkan suis peti sejuk dan biarkan pintunya terbuka.
  • Pastikan gelung kondenser sentiasa bersih. Habuk dan kotoran pada gelung kondenser akan mengurangkan kecekapan peti sejuk.
  • Elakkan meletakkan peti sejuk pada tempat yang panas seperti di tempat yang terdedah kepada pancaran terus sinar cahaya matahari atau pun terlalu hampir dengan dapur memasak.
  • Ruang perlu disediakan di sekeliling peti sejuk termasuk pada bahagian atas, belakang dantepi peti sejuk bagi membolehkan pengaliran udara bebas.
  • Elakkan daripada kerap membuka atau pun sengaja membiarkan pintu peti sejuk terbuka.
  • Jika anda menggunakan peti sejuk yang berfros, pastikan anda kerap menyah fros peti sejuk berkenaan terutama apabila fros telah menebal sebanyak 6mm/0.25 inci.


 Sila Klik Read More... Untuk Entry Lebih Lanjut....





Info Pendidikan: Contoh-Contoh Karangan SPM

CONTOH-CONTOH KARANGAN SPM 

 

Pengurusan Lestari Atasi Krisis Kekurangan Bekalan Air Bersih

Air merupakan anugerah Allah SWT yang sangat penting terhadap kehidupan sejagat. Tanpa sumber air yang mencukupi adalah mustahil bagi manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup. Penegasan berhubung kepentingan sumber air telah banyak dinukilkan di dalam al-Quran. Antaranya, sebagaimana yang telah disentuh di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dan Dia menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai jenis buah-buahan yang menjadi rezeki untukmu. Dia juga telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu belayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah pula menundukkan sungai-sungai bagimu" (Surah Ibrahim, ayat 32).
Secara umumnya negara kita mempunyai banyak sumber air. Namun demikian, dewasa ini bekalan sumber air bersih semakin berkurangan sedangkan permintaan terhadapnya semakin meningkat selari dengan peningkatan jumlah populasi penduduk. Mungkin timbul persoalan dalam kalangan kita mengapa situasi sedemikian boleh berlaku sedangkan kita mempunyai sumber air yang banyak di sekeliling kita.

Sebenarnya, keadaan ini timbul adalah ekoran daripada peningkatan jumlah penduduk dari semasa ke semasa, selain pelbagai kegiatan berkaitan yang mengakibatkan berlakunya pencemaran ke atas sumber air yang ada. Ia sekali gus meletakkan kita di dalam krisis yang meruncing untuk mendapatkan bekalan air bersih yang mencukupi bagi menampung segala aktiviti seharian.

Bukan itu sahaja, malah terdapat pelbagai faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya masalah kekurangan bekalan air bersih. Antaranya ialah peningkatan suhu global, yang mana ia telah menyebabkan kadar kehilangan air berlaku dengan lebih cepat akibat daripada proses penyejatan air yang tinggi ke atmosfera.

Selain itu, pencemaran akibat daripada pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik juga telah menyebabkan sumber air bersih tercemar. Misalnya, longgokan sampah di tapak-tapak pelupusan sampah telah menyebabkan terhasilnya sisa toksik yang seterusnya akan mengalir ke sungai-sungai dan sumber air bersih yang lain. Pengaliran sampah dan sisa toksik ini akhirnya menyebabkan air tercemar dan bekalan air bersih menjadi semakin berkurang.
Lebih memburukkan lagi krisis sumber air bersih ialah apabila simpanan air bawah tanah juga semakin berkurangan. Sedangkan air bawah tanah merupakan antara sumber bekalan air bersih yang cukup penting dan perlu dipelihara. Situasi ini terjadi dek kerana kegiatan pembalakan yang kian berleluasa pada hari ini sehingga menjejaskan kawasan tadahan air.

Malah, pembangunan pesat yang berlaku secara tidak terancang juga telah menyebabkan air hujan tidak serap ke dalam tanah. Sebaliknya ia terus mengalir ke sungai-sungai. Keadaan ini telah mengakibatkan kuantiti air bawah tanah menjadi semakin berkurangan dan seterusnya ia telah menjejaskan mutu bekalan air.

Perkara-perkara seumpama itu tidak seharusnya dibiarkan terus berlaku. Ini kerana, jika dibiarkan berlanjutan ia akan menyumbang kepada permasalahan lain yang lebih besar pada masa hadapan, yang mana kesan daripada kekurangan bekalan air bersih akan turut menjejaskan kesihatan masyarakat. Misalnya, akibat daripada kekurangan sumber air bersih untuk diminum akan menyebabkan berlakunya dehidrasi yakni kekurangan air dalam badan, selain boleh menyebabkan berlakunya penyakit seperti taun kerana terpaksa meminum air yang tercemar.

Masalah kekurangan bekalan air tidak hanya memberi kesan ke atas manusia, sebaliknya ia turut memberi kesan ke atas sumber tanah iaitu menyebabkan tanah menjadi kontang. Bahkan, air yang tercemar akan turut menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus akan turut menjejaskan aktiviti pertanian. Apabila aktiviti pertanian terjejas, maka ia secara langsung akan memberi kesan ke atas bekalan makanan daripada hasil pertanian yang seterusnya juga akan turut memberi kesan yang besar ke atas kadar pertumbuhan ekonomi negara.

Lebih membimbangkan lagi apabila masalah kekurangan air bersih juga akan menyumbang kepada berlakunya kepupusan terhadap kepelbagaian flora dan fauna. Sebagaimana manusia, secara fitrahnya flora dan fauna juga memerlukan sumber air bersih untuk hidup. Justeru, sumber air yang tercemar akan menyebabkan flora dan fauna mati akibat daripada kekurangan air. Natijahnya, kepupusan yang berlaku ke atas flora dan fauna akan memberi kesan yang lebih serius lagi seperti mengakibatkan ketidakseimbangan ke atas ekosistem yang akhirnya akan turut mengancam kehidupan manusia.

Melihat kepada kesan-kesan yang bakal dihadapi akibat daripada kekurangan bekalan air bersih, seharusnya kita muhasabah diri dan berusaha bagi menanganinya sehingga ke akar umbi agar kita tidak terjebak ke dalam krisis yang lebih buruk lagi pada masa akan datang. Kesedaran awal tentang keperluan memelihara dan memulihara sumber bekalan air adalah penting bagi memastikan kita sentiasa memperoleh bekalan air bersih untuk menjamin kualiti hidup yang baik bukan sahaja pada hari ini tetapi juga pada hari-hari yang mendatang.

Justeru, antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan bekalan air bersih ialah dengan memperbanyakkan lagi pembinaan loji rawatan air. Ini bagi membolehkan air sungai, air tasik dan air dari sumber lain yang tercemar diproses menjadi sumber air bersih.

Selain itu, peningkatan dari aspek penyelidikan dan pembangunan (R & D) juga sangat penting dalam membantu menambah sumber bekalan air bersih. Ini kerana, aktiviti penyelidikan dan pembangunan secara proaktif akan membuka laluan yang lebih luas kepada penciptaan alatan moden dan canggih bagi merawat air buangan dengan lebih efektif. Malah, melalui R & D juga air laut boleh diproses untuk dijadikan sebagai air minuman.

Langkah seterusnya yang boleh diambil dalam meningkatkan sumber air bersih ialah dengan menyediakan lebih banyak kawasan tadahan air bagi memastikan bekalan air bawah tanah dapat dimaksimumkan. Oleh yang demikian, segala aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan perlu dipantau dan dikawal agar dapat menyediakan lebih banyak lagi kawasan tadahan air.

Di samping itu, pembuangan sisa kimia dan toksik juga perlu dikawal bagi memastikan sumber bekalan air tidak terdedah kepada sebarang bentuk pencemaran. Misalnya, sisa buangan kimia dari aktiviti pertanian dan industri perlu diurus secara lebih sistematik agar pencemaran ke atas sumber air dapat dielakkan.

Sudah tiba masanya kita memikirkan dengan lebih serius lagi berhubung isu kekurangan bekalan air bersih yang bukan sahaja melanda negara kita tetapi juga negara-negara lain di seluruh dunia pada hari ini. Kita perlu sedar bahawa isu ini bukan suatu isu yang terpencil, sebaliknya ia merupakan isu global yang sangat serius yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak.

Justeru, penglibatan seluruh anggota masyarakat dalam usaha memulihara sumber air adalah penting bagi memastikan kemelut ini dapat diatasi. Mudah-mudahan dengan kesedaran seluruh anggota masyarakat berhubung perkara ini akan dapat mempertingkatkan lagi tahap kebersihan sumber air kita. Lebih-lebih lagi dalam memastikan pengurusan dan pemeliharaan sumber air yang lebih mapan dan lestari pada masa akan datang agar anak cucu kita tidak mewarisi sumber bekalan air yang tercemar.

Ditulis oleh Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. Posted in Berita Harian 

Sumber -Institut Kefahaman Islam Malaysia

Sila Klik Read More untuk Entry Lebih Lagi.... 



Info Kesihatan : Wabak Denggi

Apa Itu Demam Denggi?


Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.
Pemindahan penyakit:
  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.
Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.
Apakah penyebab demam denggi?
Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.
Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.
Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?
Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.
Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:
·Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.
·Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini.
Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?
Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk.
Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih .
Apakah gejala denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.
Demam Denggi
·Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
·Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.
·Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
·Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
·Kadar kematian amat rendah.
·Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.
·Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
·Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
·Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
·Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)
Sindrom Renjatan Denggi
Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:
Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.
Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.
Apakah komplikasi yang mungkin timbul?
Komplikasi demam denggi ialah :
  • Demam Denggi Berdarah.
  • Sindrom Renjatan Denggi.
Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?
Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan
Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.
Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?
Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.
Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.
Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.
Rawatan bukan farmakologi
Rawatan termasuk:
·Meningkatkan pengambilan cecair.
·Meningkatkan bekalan oksigen.
Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.
Rawatan farmakologi
Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.
Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?
·Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:
·Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.
·Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.
·Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.
Apakah prognosis bagi demam denggi?
Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika rawatan sokongan diberi lebih awal.
Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?
Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.
Bagaimana cara untuk mencegah denggi?
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.
Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang
Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.
Musnahkan tempat pembiakan nyamuk
Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.
Hapuskan nyamuk Aedes dewasa
Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.
Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?
Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.


 
 Sumber :- Unit, Vektor, Jabatan Kesihatan Negeri Perak





Bersama kita menghapuskan nyamuk Aedes.......

Mesti Tahu!!! Warna Merah Dalam Kehidupan Masyarakat Cina

Warna Merah Dalam Kehidupan Masyarakat Cina


kad-cina1
                                   Warna merah menjadi kebanggaan masyarakat Cina

Warna merah atau warna hong (dalam bahasa Cina) adalah warna pilihan utama masyarakat Cina. Pemakaian warna tersebut  telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Tidak ada warna lain yang menjadi pilihan utama , hanya warna merah. Bukan sekadar itu, warna merah sendiri sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.

Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah jika dipakai  pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang tahun.

Warna Tuah

Mereka percaya warna merah membawa tuah dan kecemerlangan dalam hidup mereka. Nasib mereka akan ditimpa malang sekiranya memakai pakaian yang berwarna hitam dan warna-warna yang gelap. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu dalam majlis-majlis perayaan kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

 Sambutan Hari Raya Cina

edit-rumah-cina
                                          Merah lambang kemegahan 

Hiasan tanglung berwarna merah yang pelbagai saiz dan bentuk sering memenuhi  kawasan kediaman masyarakat Cina. Ini  menunjukkan perayaan itu akan disambut dengan cukup meriah. Hiasan dalaman rumah  dan tanglung-tanglung serta birai pintu rumah juga akan diwarnai dengan warna merah bagi menyambut ketibaan tetamu.  Hiasan bunga-bunga juga berona merah mewujudkan semangat keceriaan yang padu dan harmoni.
Seamasa zaman dahulu orang-orang tua masyarakat Cina sering berpesan agar orang-orang kampung menggantungkan kertas berwarna merah di pintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah mereka pada setiap waktu menjelangnya tahun baru. Ini kerana dikhuatiri binatang bernama Nian( raksaksa) akan mengganas di kawasan rumah mereka. Warna merah sangat ditakuti oleh Nian, dan mampu menghalau raksaksa tersebut.

Angpau
angpau1
                                  Perayaan diceriakan dengan angpau merah

Antara sebab mengapa Tahun Baru Cina dinanti-nantikan oleh kanak-kanak ialah pemberian 'angpau' atau sampul merah yang berisi duit. Bagi yang belum berkahwin, mereka layak untuk menerima angpau. Pada perayaan Tahun Baru Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia.

Pemberian angpau oleh masyarakat Cina merupakan tradisi utama mereka dan  sering diberikan dalam majlis sosial dan keluarga seperti jamuan perkahwinan Cina atau ketika perayaan seperti Tahun Baru Cina.

Warna merah sampul ini melambangkan tuah.  Jumlah wang yang terkandung dalamnya lazimnya dikehendaki bermula dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang yang diberi ketika majlis pengebumian . Jumlah wang yang diberi pada majlis perkahwinan biasanya adalah untuk menampung perbelanjaan hadirin serta membantu pasangan pengantin baru.

Perkahwinan
editkahwin-cina
                    Warna merah dalam adat perkahwianan Cina mewujudkan rasa kemeriahan

Warna merah dalam kalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira. Oleh kerana itu, sekiranya tetamu memberi hadiah eloklah dibungkus atau dibalut dengan kertas berwarna merah. Kebiasaannya warna merah dipilih bagi menggambarkan nasib yang baik. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina,  Lilin berwarna merah yang diukir menyerupai naga dan burung pheonix digunakan pada hari perkahwinan adalah untuk melambangkan penyatuan terhadap keluarga baru. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, lilin merah ini akan digunakan pada malam perkahwinan bagi menghalau hantu dan roh-roh jahat. Warna yang terang boleh menghalau roh-roh jahat daripada mendekati mereka.  Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih dan merah sebagai lambang keceriaan.

Kematian

 Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi.


Keteguhan dan Keberanian
 Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan, keberanaian, keceriaan dan  kemegahan. Warna ini  dikatakan memberi dorongan kepada keadaan yang lebih positif dalam kehidupan masyarakat Cina.  Warna ini sering digunakan dalam perayaan dan sambutan majlis kebesaran mereka kecuali hari-hari yang menunjukkan keadaan kesedihan dalam kehidupan mereka.  Warna ini akan terus menjadi simbol kemegahan masyarakat tersebut malah melambangkan keteguhan dan kemegahaan negara apabila  digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling.
Warna merah sering dikaitkan dengan masyarakat Cina   terutama pada setiap kali sambutan Tahun Baru Cina. Warna tersebut akan mendominasikan persekitaran kehidupan mereka. Namun, warna merah juga menguasai hampir setiap ruang di dalam dan luar rumah mereka.   Bila tibanya perayaan ini hiasan berwarna merah sering  digantung sepanjang jalan yang menandakan perayaan itu kini bukan sahaja disambut oleh masyarakat tersebut tetapi juga sudah menjadi seperti perayaan seluruh masyarakat.

Suntingan : Akhbar Utusan Malaysia
                    Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Info Kesihatan: Apa itu Jerebu???? Mesti Tahu!!!

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPU
Status
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:


• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.

 Sumber- Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Info Malaysia: Mesti tahu!!! Perayaan-Perayaan Di Malaysia

Perayaan Di Malaysia

Selamat datang ke Malaysia, negara beraneka budaya, bahasa, agama dan makanan yang memikat hati. Penyatuan budaya dan sosial yang berkurun lamanya di antara bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban dan lain-lain telah melahirkan masyarakat Malaysia berbilang kaum yang hidup dalam harmoni. Sambutan bersama pelbagai perayaan, sambutan tradisi dan aktiviti kebudayaan di sepanjang tahun memastikan pelancong tidak mungkin bosan di sini. Terkenal dengan keramahan mereka, rakyat Malaysia tidak sabar berkongsi acara dan perayaan mereka bersama kenalan mahu pun pelancong asing. Bagi sambutan perayaan yang meriah, inilah masanya dan Malaysialah tempatnya.


Tarikh

Perayaan
Keterangan


Thaipusam
Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran oleh penganut agama Hindu, serta sebagai tanda penghormatan kepada tuhan Muruga atau Subramaniam. Perayaan ini paling meriah disambut di Kuala Lumpur, di mana kenderaan berhias tuhan Muruga dibawa berarak menerusi jalan-jalan tertentu di bandaraya sebelum berakhir di Batu Caves, Selangor. Ribuan penganut berarak sambil memikul Kavadi, menarik perhatian ramai pengunjung. Thaipusam diraikan secara besar-besaran di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Perak.
Lokasi: Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Perak
1 Feb 2010 

Hari Wilayah
Hari Wilayah disambut di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan perarakan, pertunjukan bunga api, pameran serta persembahan kebudayaan. Kebanyakan acara dibuka kepada orang ramai tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Lokasi: Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya


Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina menandakan hari pertama kalendar Bulan dan perayaan ini disambut selama 15 hari. Limau Mandarin dan putik pohon plum, yang melambangkan kemewahan serta nasib baik, menghias rumah penduduk berbangsa Cina, serta kompleks-kompleks membeli-belah. Tarian naga dan tarian singa berserta paluan gendang yang bersemangat menambahkan lagi suasana meriah perayaan ini. Pada malam sebelum Tahun Baru, ahli keluarga berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti dengan rumah terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat handai pada keesokkan harinya.

Lokasi: Seluruh Malaysia


Good Friday
Good Friday ialah hari Jumaat sebelum sambutan perayaan Easter (perayaan Easter lazimnya jatuh pada hari Ahad) yang disambut di Sabah dan Sarawak.

Lokasi: Sabah dan Sarawak


Hari Wesak
Pada hari Wesak, penganut Buddha memperingati kelahiran, kesedaran dan kematian Buddha. Para penganut mempersembahkan pemberian mereka dan menjalankan upacara seperti ‘mandian patung Buddha’, pembacaan mentera dan membakar colok. Upacara perlantikan sami biasanya dilangsungkan di kuil-kuil Buddha. Pada sebelah malam diadakan perarakan di kotaraya seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Seremban, Melaka dan Georgetown.

Lokasi: Seluruh Malaysia


Tadau Kaamatan
Pesta ini disambut setiap tahun oleh komuniti etnik terbesar di Sabah, iaitu kaum Kadazan Dusun. Perayaan kesyukuran ini diadakan sebagai tanda penghormatan kepada semangat padi yang digelar Bambaazon, atas hasil tuaian padi yang lumayan. Kemuncak perayaan ini termasuk jamuan minuman tuak, makanan serta tarian tradisional, pertandingan Ratu Cantik, perlumbaan kerbau dan sebagainya!

Lokasi : Sabah


Gawai Dayak
Gawai Dayak disambut oleh kaum Iban, Orang Ulu serta Bidayuh di Sarawak pada awal bulan Jun bagi menandakan penghujung musim menuai. Perayaan yang mempesonakan ini memaparkan pelbagai upacara tradisional serta tarian yang diadakan di rumah-rumah panjang di seluruh Sarawak. Sanak-saudara serta para pengunjung dijamu minuman tuak serta hidangan ayam yang dimasak di dalam buluh, dan pelbagai masakan tradisional yang lain di rumah-rumah terbuka di sini.

Lokasi : Sarawak


Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, Malaysia menyambut hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong pada setiap hari Sabtu minggu pertama bulan Jun. Hari ini disambut dengan acara penganugerahan darjah kebesaran kepada warganegara Malaysia yang telah banyak berjasa kepada negara. Kemuncak sambutan termasuk ‘Perarakan Panji-Panji’ oleh anggota tentera, serta pelbagai bentuk pameran dan pertunjukan.

Lokasi: Kuala Lumpur
31Ogos

Hari Kemerdekaan
Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya pada 31 Ogos setiap tahun. Warganegara Malaysia menyambut perayaan ini dengan mengibarkan bendera Malaysia di seluruh negara. Pelbagai aktiviti diadakan di setiap negeri termasuk perarakan dan pertunjukan bunga api. Acara kemuncak ialah perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh Raja dan Permaisuri Agong, Perdana Menteri, orang-orang kenamaan serta para pengunjung.

Lokasi: Seluruh Malaysia


Hari Raya Aidil Fitri
Hari Raya Aidil Fitri menandakan tamatnya bulan puasa (Ramadhan) dan disambut oleh penganut Islam di seluruh dunia. Penduduk Islam di Malaysia memulakan hari ini dengan menziarahi kubur diikuti sembahyang sunat hari Raya dan saling bermaafan antara satu sama lain. Sanak-saudara serta sahabat handai dijemput ke rumah terbuka di mana mereka disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional yang lazat.

Lokasi: Seluruh Malaysia

Deepavali
Kejayaan kuasa baik mengalahkan kuasa jahat diraikan oleh penganut Hindu dalam perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Perayaan Cahaya pada setiap bulan ke-7 mengikut kalendar Hindu. Di seluruh negara, upacara sembahyang serta ‘pembersihan’ dijalankan di kuil-kuil serta tempat-tempat pemujaan penganut Hindu.

Lokasi: Seluruh Malaysia

Hari Raya Aidil Adha
Hari Raya Aidil Adha juga merupakan perayaan yang disambut oleh penganut Islam pada hari ke-10 bulan Zulhijjah. Ianya juga menandakan para jemaah haji telah selesai menunaikan fardhu haji di Mekah, Arab Saudi.

Lokasi: Seluruh Malaysia


Krismas
Perayaan Krismas lebih meriah di kawasan tropika Malaysia dengan penduduknya yang ramah. Pengunjung dapat memilih pelbagai restoran, bistro, pusat membeli-belah dan hotel yang turut menawarkan pelbagai promosi sempena perayaan ini. Raikan sambutan Krismas anda di Malaysia!
Lokasi: Seluruh Malaysia

Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/6857-perayaan-di-malaysia.html