Tuesday 1 April 2014

Info Kesihatan: Wajib Tahu!!!! Tanda-Tanda dan Gejala Demam Denggi

Tanda-Tanda dan Gejala Demam Denggi


Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Diagnosis

Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.
Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.

Rawatan

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.

Pencegahan

Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu menghapuskan aedes dewasa dengan mudah

Wabak terkini

Di Asia Tenggara:
  • Indonesia (2006): 114,656 kes dilaporkan dengan 1,196 kes kematian.
  • Malaysia (2006): 34,386 kes dikesan dengan 70 kematian.
  • Thailand (2006): 20,000 dijangkiti dengan 23 kematian.
  • Filipina (2006): 16,929 kes dengan 324 kematian.
  • Singapura (2006): 3,051 kes dikesan.
  • Thailand (2006): 20,00 kes dikesan dan 23 kematian.
  • Myanmar (2006): 11,383 kes dikesan dan 128 kematian.
  • Vietnam (2006): 77,800 kes dikesan dan 68 kematian.

Mengenal pasti demam denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah
  9. lemah dan tidak bermaya
Sumber - http://ms.wikipedia.org/wiki/Demam_Denggi

Nyamuk bukan sahaja mengganggu tidur anda, malah merupakan pengancam keluarga anda. Nyamuk Aedes betina boleh dikenali melalui jalur hitam dan putih pada kaki dan badannya adalah pembawa virus denggi. Ia bermula apabila nyamuk Aedes mengawan. Nyamuk betina memerlukan darah sebelum ia boleh bertelur. Apabila nyamuk betina menggigit mangsa denggi, ia akan menyedut darah yang mengandungi virus. Virus akan membiak dalam nyamuk. Selepas lapan hari, ia akan menjadi nyamuk Aedes pembawa virus. Apabila ia menggigit mangsa seterusnya, virus akan disuntik ke dalam darah mangsa. Mangsa kini dijangkiti virus denggi.
Anak puan mungkin menghidap demam denggi. Nasib baik puan cepat bawa dia ke sini untuk pemeriksaan.

Denggi?
Seseorang yang menghidap denggi akan demam selama dua hingga tujuh hari. Tanda ruam, sakit-sakit tulang, sendi, otot, dan di belakang. Ia biasanya menjangkiti kanak-kanak, tetapi sesiapa yang digigit nyamuk Aedes pembawa virus denggi boleh menghidap demam denggi.
Ada tak vaksin untuk mencegahnya?
Setakat ini, tak ada. Jadi cara terbaik untuk mencegah denggi ialah menghapuskan nyamuk Aedes dan menghalang pembiakannya.
Assalamualaikum.
Kami daripada Kementerian Kesihatan Malaysia hendak membuat satu pemeriksaan Aedes. Kami akan memeriksa kawasan rumah encik.
Silakan.
Inilah tempat-tempat nyamuk Aedes membiak.
Nyamuk Aedes betina betina bertelur dalam takungan air bersih dan jernih di tempat-tempat seperti di dalam dan di luar rumah, tapak pembinaan, kedai, sekolah, dan di mana-mana sahaja.
Setiap kali bertelur, ia akan mengeluarkan 60 hingga 100 biji telur. Telur-telur ini menetas menjadi jentik-jentik. Kemudian bertukar menjadi pupa dan akhirnya bertukar menjadi nyamuk dewasa. Kitaran ini mengambil masa seminggu. Nyamuk Aedes betina boleh hidup selama satu bulan dan sepanjang hayatnya ia mengeluarkan 1000 biji telur. Dengan hanya satu gigitan nyamuk pembawa virus, anda boleh dijangkiti denggi.

Jika kita tidak bertindak menghapuskan nyamuk Aedes, setiap tahun pasti ada orang yang mati akibat denggi.

Untuk memerangi denggi, kita mesti menghapuskan Aedes bermula dari rumah kita sendiri.
Kita mestilah menjaga sekolah dan kawasan persekitaran kita agar bebas dari Aedes. Di bawah Akta Penghapusan Serangga Pembawa Penyakit 1975, adalah menjadi satu kesalahan jika Aedes dijumpai membiak dalam kawasan milik anda. Anda boleh dikenakan hukuman penjara dan denda. Demam denggi boleh membunuh. Cegah penyakit ini dengan menghapuskan nyamuk Aedes. Hapuskan Aedes, hapuskan denggi.

Bagaimana demam denggi berjangkit

  1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
  2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
  3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
  4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi 
Sumber - Bahagian Pendidikan Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment