Tip Penjimatan Minyak Kereta
Harga bahan bakar
kenderaan yang tidak menentu sejak 10 tahun lalu mempengaruhi pengguna
kenderaan bermotor terutama kereta berusaha mengurangkan kadar
penggunaan bahan bakar pada tahap paling minimum. Langkah ini sangat
perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan
perbelanjaan minyak petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda
memerhatikan kadar penggunaan minyak kereta anda bukan semata-mata
kerana harganya yang melambung tinggi ketika ini tetapi penggunaan
minyak yang lebih daripada yang sepatutnya menandakan enjin kereta anda
mengalami kerosakan.
Tip di bawah ini jika diamalkan akan membawa perubahan terhadap penggunaan minyak petrol kenderaan anda:
Memandu Dengan Kelajuan Yang Sesuai
Sikap dan cara
pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan
gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke
plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear
(misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.
Sila Klik Read More untuk Entry Lebih lanjut
Sila Klik Read More untuk Entry Lebih lanjut
Kurangkan Berat/Bebanan Kereta
Anda juga perlu
mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai
juga menyebabkan kadar penggunaan minyak melebihi tahap biasa. Jadi,
jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Perhatikan
dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya
berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Penambahan berat
sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.
Tayar Diisi Dengan Tekanan Angin Yang Betul
Tekanan angin mesti
betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan
penggunaan minyak ertambah 5 peratus. Carta berat dan tekanan angin
biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.
Jangan biarkan tayar kurang tekanan angin kerana ia menyebabkan kereta
dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan minyak.Tekanan tayar yang
kurang menyebabkan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35
peratus. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi
kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Lakukan Penyelengaraan Dan Servis Berkala
Penalaan enjin yang
tidak sesuai meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50 peratus.
Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara
berkala.
Kurangkan Kelajuan
Lebih perlahan anda
memandu, lebih jimat minyak digunakan(dan tidak disaman). Memandu
melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan penggunaan minyak.
Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah
10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
Matikan Saja Enjin Kereta Jika Menunggu
Jika kereta tidak
bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Menunggu suami,
isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli barangan
kadang kala boleh menjadi terlalu lama. Ini mungkin kerana terdapat
ramai pelanggan di kedai tersebut. Jadi, buka tingkap kereta dan matikan
sahaja enjin untuk menjimatkan minyak kereta anda.
Bijak Dalam Penggunaan Gear
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan.
Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran
petrol kerana tekanan terhadap enjin menjadi terlalu tinggi. Gunakan mod
`ekonomi' jika kereta anda memilikinya. Pemanduan dengan kadar yang
laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45
peratus dari yang sepatutnya. Penggunaan kenderaan bertransmisi manual,
membolehkan anda menjimatkan minyak.
Membrek Pada Jarak Yang Selamat
Jika anda sudah tahu
di mana hendak berhenti, misalnya di tol atau stesen minyak di tepi
lebuhraya, perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat. Jangan membrek
secara mengejut.
Rancang Perjalanan
Rancang perjalanan
terlebih dahulu sebelum ke sesuatu destinasi. Ini dapat mengelakkan dari
kesesakan lalulintas dan secara tidak langsung akan dapat menjimatkan
minyak.
Panaskan Enjin Sebelum Memulakan Perjalanan
Hidupkan enjin
sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan pemanduan. Ini untuk
meningkatkan prestasi enjin dan memastikan enjin dapat berfungsi secara
optimum.
Minimumkan Perjalanan Jarak Dekat
Kurangkan perjalanan
jarak dekat kerana ini mampu meningkatkan minyak sebanyak 40 peratus.
Sebagai langkah penjimatan minyak, eloklah menaiki motosikal atau
mungkin berbasikal (jika di kampung) untuk ke surau atau kedai
berhampiran.
Gunakan Saiz Tayar Dan Sport Rim Yang Sesuai
Saiz tauat dan sport rim yang tidak sesuai akan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10 peratus.
Isi Petrol pada Waktu Yang Sesuai
Waktu yang paling
sesuai untuk mengisi minyak adalah di waktu pagi atau malam. Ini kerana
pada waktu ini minyak petrol kurang termeluwap ke udara akibat cuaca
panas. Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah.
Berhenti mengisi minyak selepas nozzle di pam minyak berbun "klik".
Barang yang Perlu Dibawa
Anda harus membawa
barang yang perlu sahaja seperti alat membaiki kereta dan alat yang
dapat membantu ketika kecemasan. Carrier (alat membawa barang atas
bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan minyak pada kadar 5
peratus.
Kesimpulan
Jika anda mendapati
penggunaan minyak kereta anda sebulan sangat tinggi, periksalah puncanya
terlebih dahulu. Ia mungkin berpunca daripada keadaan teknikal kereta
atau mungkin sikap pemanduan anda. Maka, sebelum membeli sebarang alat
bantuan penggunaan minyak, di pasaran eloklah anda mengamalkan tip-tip
yang dinyatakan di atas dan lihat perubahannya.
No comments:
Post a Comment