Warisan Budaya Melayu
WARISAN BUDAYA
ADAT RESAM
Kepentingan adat resam di
dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat
dinafikan. Adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran,
perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua
masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang
diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya
masyarakat tersebut. ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU
Kelahiran
Anak
atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap
pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya
beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai
rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu
disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak
mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia
merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.
Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
Peralatan untuk upacara ini termasuk
v Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan
v Segantang beras
v Sebiji kelapa
v Beberapa urat benang mentah
Damar
Damar
v Minyak kelapa atau minyak urut
v Lilin
v Tepak sirih yang lengkap isinya
v Pengeras sebanyak RM1.25
Pada
permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita
hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.
Seterusnya
adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur
diselitkan di kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin
kecil dibawa bersama. Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana pada
kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air buyung dijiruskan ke
badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan
kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.
Setelah
membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang
bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu
selesai bidan akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk
melintang sehelai di atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan
di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang hamil
dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah
kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di
atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah
dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas,
anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya.
Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita
hamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada
bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari
tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani
upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini
mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.
Sewaktu Bersalin
Apabila
hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga
berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup
sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh
mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting
kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan
digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat
tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi
mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat
beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.
Potong Tali Pusat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.
v Azan/Qamat
Kelazimannya
bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi
perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan
melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan
amalan berunsur keagamaan.
v Membelah/Mulut
Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.
v Berpantang
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.
Tempoh Berpantang
Dalam
tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan
mengikut kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak
pergerakan. Antara makanan yang dilarang keras ialah yang boleh
mengakibatkan kegatalan di seluruh anggota badan seperti udang, kerang,
ketam dan ikan pari serta memakan ikan
yang mempunyai sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia
boleh menyebabkan bisa-bisa pada badan. Sebaliknya mereka digalakkan
memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar, direbus dan dibenarkan
minum air suam atau susu.
Bertungku
Selama
berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku.
Bertungku dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali
normal. Biasanya tungku
diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu
dibalut dengan kain yang di lapik dengan beberapa helai daun yang tebal
seperti daun lengkuas yang dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku
di samping berfungsi sebagai ubat.
Tungku
akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk
mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu
akan menyapu perutnya dengan air limau yang dicampur dengan kapur
sebelum memakai bengkung. Amalan berbengkung ini bertujuan untuk
mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas bersalin di
samping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin.
Selepas lahir
Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan.
v Tanggal Pusat/Cuci Lantai
Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur di samping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.
Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.
Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur di samping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.
Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai.
v Nasi kunyit dan lauk-lauk
v Seekor ayam hidup
v Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang
v Hadiah untuk bidan sepersalinan
Kenduri
doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan
akan memulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara
mengais-ngaiskan kaki ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin.
Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak bidan akan menjalankan
keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan
dimandikan, diurut dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang
digunakan tadi beserta sedikit wang akan dihadiahkan kepada bidan
tersebut.
Memberi NamaMengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.
Cukur Rambut/ Potong Jambul
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.
Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.
v Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar,beras kunyit dan bertih.
v Sebiji
kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok
siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan
sedikit air sejuk. Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil.
Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan melilitkan rantai emas
atau perak di kelillingnya.
Pada
hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas
talam yang dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau
datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh
hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta
ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan
menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam
kelapa tadi.
Bilangan
orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan
yang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai
pihak lelaki menjalankan acara menggunting, pihak perempuan pula
mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak menjalankan adat
bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau
sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur
akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di
sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya
sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.
Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian
menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Orang
Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing,
lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak
disunatkan berakikah sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat
tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk
akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya
ialah dua ekor kambing dan
seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai
permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat
dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak
dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh
dilakukan pada hari yang lain.
Naik Buai
Adat
ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat
sambutan di kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini
dilangsungkan dalam suasana penuh meriah terutama sekali jika sesebuah
keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung.
Semasa
upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian
yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan
bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik
perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau
marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya
bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada
hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat
memberi nama dan adat cukur rambut.
JejakTanah/TurunTanahDi
sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia
sebagai meraikan anak yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna
seorang anak kecil dilepaskan untuk memijak
tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan
secara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari
segi cara mahupun barangan yang digunakan.
Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduri selesai, tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan. Di atas tikar disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan dan minuman. Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan,
gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk
dan wang. Lazimnya jumlah barangan yang diletakkan adalah ganjil.
Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.
Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal
masa depan kanak-kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya
jika kanak-kanak itu mengambil gunting, kelak dia kuat bekerja atau
pandai membuat kerja tangan. Adat ini jug boleh dilakukan secara
sederhana iaitu dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu ke piring-piring
kecil yang berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun
yang telah dijampi oleh mak bidan. Seterusnya bayi itu dijejakkan ke
tanah dan doa dibaca.
Bersunat / Berkhatan
Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan
ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan.
Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara
ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan
dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani
adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam
lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok
Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib
kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu
juga,ia baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan
tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga yang
menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.
No comments:
Post a Comment