Tip Temuduga Kerja Kerajaan / Swasta
10 Tip Temuduga Kerja Kerajaan/Swasta
1. Sediakan senarai dokumen yang perlu di
bawa untuk temuduga kerja anda. Tujuannya adalah untuk memastikan anda
tidak tertinggal dokumen penting semasa berada di sesi
temuduga.Tandakan dokumen yang telah dikumpulkan.
2. Cara berpakaian untuk lelaki :
- Pastikan anda memakai tali leher
- Pakai kasut kulit dan pastikan kasut anda dikilat
- Pastikan anda memakai baju lengan panjang kerana baju tersebut nampak lebih professional berbanding baju lengan pendek.
- Baju dan seluar anda mestilah kelihatan kemas dan disterika.
- Elakkan baju berwarna gelap.
- Elakkan memakai wangian yang terlampau kuat.
- Secara keseluruhannya, pakaian anda mestilah bersih dan kelihatan kemas.
3. Cara berpakaian untuk perempuan :
- Pakai pakaian yang kelihatan formal dan sesuai untuk ke pejabat. Anda juga boleh memakai baju kurung.
- Elakkan pakaian yang menjolok mata atau pakaian yang mempunyai warna atau corak yang terlalu menarik perhatian ramai.
- Pakai kasut yang bertutup.
- Elakkan memakai terlalu banyak barangan kemas.
- Secara keseluruhannya, pakaian anda hendaklah kelihatan kemas dan tidak terlalu menarik perhatian ramai.
4. Bagi lelaki pastikan rambut anda
pendek, disikat kemas dan berminyak. Bagi perempuan yang bertudung,
pastikan tudung anda diikat kemas. Bagi perempuan yang tidak bertudung,
pastikan rambut anda disikat kemas.
5. Pastikan kuku anda dipotong pendek dan bersih.
6. Datang awal ke tempat temuduga, sebaik-baiknya 20 minit sebelum masa yang ditetapkan.
7. Bila nama anda dipanggil, masuk dengan
senyuman dan penuh keyakinan. Tip temuduga kerja ini nampak mudah, tapi
ramai yang mengabaikannya. Beri salam atau ucapan Selamat Pagi atau
Selamat Petang bergantung pada sesi temuduga. Duduk hanya apabila anda
dibenarkan duduk dan ucapkan terima kasih.
8. Tip temuduga kerja yang ketujuh menerangkan perkara yang anda perlu lakukan /beri perhatian semasa menjawab soalan panel:
- Jawab soalan dengan tenang, jangan tunjukkan anda gelisah.
- Pandang panel temuduga apabila menjawab soalan. Jangan pandang ke lantai kerana ia menunjukkan anda tidak yakin dengan jawapan anda atau anda masih malu-malu dengan panel.
- Jangan sesekali berdebat atau meninggikan suara di hadapan panel temuduga.
- Biar panel habiskan soalan atau ayat mereka terlebih dahulu sebelum anda mula bercakap. Elakkan memotong percakapan mereka.
- Jawab soalan mengikut konteks soalan. Jangan meleret-leret sehingga keluar topik.
- Jika anda tidak tahu jawapan, nyatakan yang anda tidak tahu. Jangan sesekali berbohong kerana panel temuduga yang berpengalaman pasti akan tahu anda menipu mereka.
9. Setelah selesai soal jawab temuduga,
kebiasaannya panel akan cuba mengakhiri sesi temuduga dengan bertanya
kepada anda jika anda mempunyai sebarang persoalan, tanyakan kepada
mereka bila anda akan diberitahu tentang keputusan temuduga tersebut.
10. Setelah semuanya selesai, ucapkan
terima kasih kerana memberi peluang kepada anda untuk menghadiri sesi
temuduga tersebut. Senyum dan keluar dengan tenang.
Tip Temuduga Kerja Kerajaan Yang Ke-10 :
Pastikan Anda Sentiasa Bersedia !
Pastikan anda sentiasa bersedia sebelum
anda masuk ke bilik temuduga. Tanpa persediaan, anda pasti akan
kelihatan gelisah dan tergopoh gapah semasa menjawab soalan panel
temuduga. Persediaan merangkumi persediaan fizikal seperti dokumen,
pakaian dan persediaan mental seperti pengetahuan dan emosi.
Bersedialah dari sekarang. Persediaan
awal pasti akan memberikan ketenangan kepada diri anda. Jangan lupa
juga untuk berdoa supaya anda temuduga anda dipermudahkan untuk anda.
Tip temuduga kerja di atas adalah sekadar sebagai panduan umum yang boleh anda praktikkan baik untuk temuduga kerja kerajaan mahupun swasta.
No comments:
Post a Comment