[BONGKAR] Inilah DIEGO GARCIA, Pangkalan Rahsia Amerika Syarikat Di LAUTAN HINDI | [GAMBAR] Pangkalan Rahsia AS Yang Dikaitkan Dengan TRAGEDI MH370
[BONGKAR] Inilah DIEGO GARCIA, Pangkalan Rahsia Amerika Syarikat Di LAUTAN HINDI | [GAMBAR] Pangkalan Rahsia AS Yang Dikaitkan Dengan TRAGEDI MH370 | Diego Garcia adalah salah satu pangkalan militan USA yang paling
rahsia.
Luasnya cuma 44 km2. Letak pulau karang itu terpencil di tengah
Samudera. Jaraknya jauh dari mana-mana daratan. Dataran terdekat adalah Selatan
India, lebih kurang 1,790 km.
Pulau ini pertama kali ditemui oleh pelaut Portugis sekitar tahun 1512. Setelah
Perang Napoleon tahun 1814, pulau ini jadi milik Inggeris. Semasa
dunia ke II tahun 1942, Inggeris memanfaatkan Diego Garcia untuk menjadi markas
angkatan udara untuk misi-misi pengintaian dan memburu kapal selam dan
kapal perang Jepun di Samudera Hindia.
Tahun 1966 Inggeris sepakat memberikan Amerika Syarikat mendirikan
pangkalan militan di pulau Diego Garcia. Tempat ini adalah strategik untuk
operasi militan AS di sekitar Samudera Hindia semasa era perang dingin.
Amerika menempatkan beberapa kapal perang, pengebom dan
tempat pembekalan logistik di pulau ini. Markas ini dipercaya jadi tempat 'inteligent' AS dengan segala kelengkapan canggihnya.
Beberapa operasi militan yang digelar dari Diego Garcia adalah perang
Teluk tahun 1991, Perang Afghanistan tahun 2001 dan Perang Iraq tahun
2003.
Daerah ini juga dikatakan bebas dari imbasan satelit mahupun radar
negara mana pun. Ini yang membuat mana-mana Pesawat yang melintas seolah-olah
hilang tanpa jejak.
No comments:
Post a Comment